Bermula dengan IQOS 3 MULTI anda
1. Tekan butang pada IQOS 3 MULTI anda selama satu saat sehingga anda melihat cahaya di bahagian bawah. Tiada cahaya? Jangan risau. Tahan butang selama empat saat lagi. Masih tidak menyala? Cuba cas IQOS anda dengan penyesuai AC dan kabel IQOS.
2. Putarkan tudung IQOS 3 dan masukkan HeatStick. Tolak ke bawah dengan perlahan-lahan dan pastikan anda tidak memusingkannya.
3. Tahan butang tersebut sehingga bergetar. Apabila lamput berhenti berkelip peranti anda sedia untuk diguna.
4. Apabila lampu terpadam itu bermaksud bahawa masa IQOS 3 anda sudah tamat. Keluarkan Heatstick dan cas semula peranti anda untuk kegunaan seterusnya.
Mengecas IQOS 3 MULTI anda
1. Tekan butang pada IQOS 3 MULTI anda untuk memeriksa tahap bateri anda. Lampu bar di bahagian bawah akan menunjukkan baki bateri IQOS 3 MULTI anda.
2. Jika cas bateri anda sudah habis, pasangkan palam pada alur keluar elektrik dan cas bateri menggunakan kabel dan Penyesuai Kuasa AC IQOS. Lampu bar akan berkelip, mengesahkan IQOS anda sedang mengecas.
3. Apabila lampu bar sudah penuh semula, anda boleh menggunakan peranti!
Membersihkan IQOS 3 MULTI anda
1. Tunggu Pemegang IQOS 3 MULTI anda menjadi sejuk dan tanggalkan penutupnya.
2. Ketuk keluar mana-mana tembakau longgar dari dalam Pemegang anda kemudian masukkan alat pembersih. Setelah pembersih berada di dalam pemegang, pusingkan pembersih secara perlahan-lahan sebanyak 2 atau 3 kali.
3. Bersihkan peranti anda sekerap yang anda boleh. Ingat untuk elak dari terkena bilah, dan jangan lupa untuk bersihkan bahagian atas dan bawah penutup juga. Peranti yang lebih bersih menjamin rasa yang lebih baik. Mudah sahaja!
Masukkan HeatStick dengan betul setiap kali
Pastikan bahawa anda tidak memusingkan HeatStick semasa memasukkan ia ke dalam Pemegang IQOS 3 MULTI, kerana tindakan itu boleh merosakkan peranti anda.
Pastikan peranti anda sentiasa dicas
Mengecas Pemegang Pengecas IQOS 3 MULTI setiap hari ialah cara terbaik untuk pastikan IQOS anda sentiasa tersedia. Gunakan alur dinding dan cuba cas peranti bersama dengan telefon bimbit anda.
Mulakan peranti IQOS 3 MULTI anda
Tekan dan tahan butang Pemegang sekali, kemudian lepaskan. Apabila lampu berhenti berkelip, peranti anda sedia untuk digunakan.