Peranti anda mungkin kehabisan kuasa
- Tekan butan Pengecas Poket IQOS 2.4 anda selama 1 saat. Lampu pengecas harus menyala. Jika tidak, tekan dan tahan butang tersebut selama empat saat.
- Jika anda tidak nampak sebarang lampu, cas Pengecas Poket dengan menggunakan Penyesuai Kuasa AC dan kabel IQOS yang rasmi.
- Untuk mengetahui jika Pemegang IQOS 2.4 telah selesai dicas, cuma tekan butang pada pengecas poket sementara pemegang anda berada di dalam. Jika lampu bulat di bahagian atas pengecas poket anda itu menyala, pemegang anda sedia untuk digunakan. Jika ia berkelip-kelip, ini bermaksud ia sedang mengecas. Anda juga boleh keluarkan pemegang dan periksa sama ada lampu tersebut menyala. Jika lampu menyala, ini bermaksud pemegang anda telah selesai dicas dan sedia untuk digunakan.
Mengeset semula IQOS 2.4 anda
Jika IQOS 2.4 anda telah dicas tetapi masih tidak berfungsi, anda mungkin perlu mengeset semula.
Tekan dan tahan butang pengecas selama lebih kurang 10 saat. Setelah lampu memudar, teruskan menahan butang pengecas selama 2 saat lagi. Apabila anda melepaskan butang pengecas, anda akan nampak semua lampu berwarna putih berkelip sebentar.
Anda mungkin perlu bersihkannya
Berasa sukar untuk menyedut HeatStick semasa menggunakan IQOS 2.4 atau tidak mendapat wap tembakau? Isu ini boleh diselesaikan dengan menggunakan alat pembersih IQOS dan batang pembersih.
Membersihkan IQOS 2.4 anda secara kerap dengan menggunakan peralatan yang betul akan memastikan bahawa anda akan memperoleh pengalaman bebas asap yang anda gemari dan menyelesaikan beberapa isu yang mungkin dihadapi. love.
Adakah Pemegang IQOS 2.4 anda tidak mengecas?
Jika Pemegang IQOS 2.4 tidak mengecas dengan baik, penyambung mungkin perlu dibersihkan. Bersihkan penyambung Pemegang IQOS dan Pengecas Poket IQOS anda dengan batang pembersih IQOS untuk lihat perubahan.
Apa perlu dibuat jika ada isu suhu
IQOS 2.4 beroperasi dalam julat suhu antara 0° dengan 50° C. Jika suhu persekitaran terlalu tinggi atau rendah, anda akan nampak lampu merah kecil pada Pengecas Poket IQOS 2.4 PLUS atau lampu status bateri berkelip warna putih sebanyak dua kali.
Jika terlalu panas, bawa peranti ke tempat yang lebih sejuk. Jika suhu persekitaran adalah rendah, cuba panaskan dengan tangan anda sekurang-kurangnya selama 1 minit.
Ada bilah yang patah atau kerosakan lain?
Peranti anda mungkin mengalami bilah yang patah atau kerosakan fizikal lain. Bilah peranti boleh patah jika anda mengenakan kekerasan melampau semasa membersihkan pemegang. Pastikan anda berhati-hati semasa memasukkan HeatStick dan pastikan anda tidak memutarnya.
Jika salah satu daripada perkara tersebut berlaku, sila hubungi kami dan kami akan cuba baiki peranti anda secepat mungkin. Pasukan khidmat pelanggan kami akan menyokong anda supaya peranti IQOS anda dapat digunakan kembali.